
Salam 1Malaysia,
Di sini saya sertakan petikan mengenai hak penjualan ebook daripada blog Jutawan Internet terkenal Malaysia, Irfan Khairi.
* Resell Rights (RR)
Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu ebook itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%. Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. Bererti, dia hanya boleh jual ebook sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.
* Master Resell Rights (MRR)
Yang ni, sama seperti di atas, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko. Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu ebook itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”. Bererti pembeli ebook dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR)
* Private Label Rights (PLR)
Yang ni pula bererti, sesiapa yang memilikanya bukan sahaja boleh menjual ebook itu, tetapi boleh alter dan mengubah isi kandungan ebook tersebut. Siap boleh repackage, print menjadi buku dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi!Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada ebook yang dibelinya. Seumpama ebook itu adalah miliknya sendiri.
Oleh yang demikian anda sudah tentu akan faham jika di sini saya berikan ebook berbentuk PLR. Anda boleh gunakannya untuk menjana pendapatan anda secara total kerana semuanya adalah milik ANDA!
